slide02 slide02
Twitter Update
BRANDED COLLECTION
PAKAR MELETOPKAN INDUSTRI PAKAIAN #1 DI MALAYSIA.



Kepakaran Branded Collection ialah membekal, mengedar dan menjual pakaian kanak-kanak dan dewasa berkualiti tinggi yang bergaya, berjenama dan mewah dari luar negara dengan harga borong yang sangat murah dan berpatutan. READYMADE. CUSTOMMADE. FULL SUBLIMATION. Percetakan PREMIUM STICKER HEATPRESS. SILKSCREEN pelbagai design. SUPPLY T-SHIRT KOSONG dan JERSI. MENJAHIT pelbagai fesyen terkini, baju kurung, niqab, telekung, tudung, topi, beg, baju dan seluar. PERCETAKAN BUKU, BISNES KAD, KAD KAHWIN, STICKER LABEL PRODUK. BANNER, BUNTING, SIGNBOARD, MEMBANTU MARKETING di MEDIA SOSIAL termasuk pembangunan LAMAN WEB dan penyedia VIDEO VIRAL, GAMBAR SUPEROHSEM. Perkhidmatan GRAPHIC DESIGN, tracing logo, cipta logo company superior premium.



PEMBELIAN BORONG DAN RUNCIT



BRANDED COLLECTION TREND MAKER REVOLUTION



BUILT YOUR BRANDS 017-6852740 @ 010-4502740
BRANDED COLLECTION
Branded Collection was established to provide the affordable, quality and fashionable imported clothing to the masses. Currently, the major products sold throughout Branded Collection store are priced ranging from cheap price RM2.90 to premium price for highest quality.



Branded Collection is a wholesale and retail shopping chain which specially sell baby and kids product jumper, romper, dress, blouse short sleeve t-shirts, long sleeve t-shirt, shirts, jeans and other clothings mainly focusing baby and kids apparel customers. Besides, Men and women wear items also available.



Branded Collection is well-prepared in supplying high quality of clothing in Malaysia, thats what set itself apart from the competition. Being an international supplier, exporter and wholesaler coupled with its strategic international network with reputable global associates have strengthened its credibility to ensure effective supply and distribution at all time.



MISION and VISION The vision of the Branded Collection is to be the best fashion company ever. We aspire to be a global leader in the fashion and retail industry with the highest standards in design, manufacturing, quality, customer service, branding and innovation. As a creatively driven and design oriented group, we want to create fashion consciousness that is stylish yet affordable within our brand niches. Branded Collection best solution for apparel wholesale and retail.



Come deal with Branded Collection. BUILT YOUR BRANDS 017-6852740 @ 010-4502740
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
ONLINE 7.9M views
BIG WHY



Nak berjaya? Jangan bagi alasan, cari solusi, cari jalan selesaikan. Kalau hari ni anda tak bekerja keras, siapa lagi yang nak tunaikan impian anda? Ramai dah peniaga kami bantu buat duit tepi dengan jual baju jenama sendiri. Kain sedap pakai, sejuk serap peluh, kualiti anda sendiri tentukan. Design baju kita boleh buat padu setanding internasional. Jadi, anda rasa layak ke kalau kita ada impian besar tapi tindakan masih lagi ciput, hidup banyak komplen, merungut, sempat nak bawang orang lain? Lebih baik anda konsisten buat yang terbaik dan create more result dari buat kerja tak ada faedah untuk orang sekeliling. Please stop jadi orang biasa-biasa! Faham ke faham ni?? KEPUTUSAN U MENENTUKAN TAKDIR HIDUP U. BERTINDAK SEKARANG! 😊 KERETA TERSADAI, DUIT 1SEN PUN TAKDE. LELAKI NI BANGKIT dgn JUAL T-SHIRT BARU RM2.50! RM4.50! RM5! RM8 hingga RM35. NAK BUAT BAJU BRAND SENDIRI KANAK2 dan DEWASA, APAPUN BOLEH! BAB KUALITI DAN HARGA JANGAN RISAU, PENGALAMAN KAMI BERBELAS TAHUN BOLEH MEMBANTU ANDA! Ni kisah saya macammane boleh terbuat bisnes percetakan printing, heatpress, sublimation bajuu dan founder Bantal Hotel 14 Bintang. Saya pernah takde duit langsung, kereta tersadai habis minyak pukul 1pagi. Ada 50 sen je waktu tu, orang tumpangkan saya ke stesen minyak. Kat situ ada public phone, saya call kawan2 saya, diorang tak angkat sebab dah tido. Public phone telan habis duit saya. Berembun gak sampai 5 pagi. HahahaπŸ˜†πŸ˜† Nak mintak pinjam orang duit, sape nak bagi sebab tak kenal. Lagipun saya ni jenis malu ada air muka nak pinjam duit orang. πŸ˜… Pikir punya pikir, sampai otak tak boleh pikir. Hahahaha πŸ˜†πŸ˜† Pastu saya pun pi stesen minyak sebelah public phone tu, mintak pinjam dari bangla cashier. Hahahaha😁 Malu sangat muka saya waktu tu. Cashier tu cakap ambik la ni 20 sen, saya bagi. Terus call abah saya. Abah datang tolong, beli minyak. Bawak pi kereta. Kereta pulak tak leh start, sebab bateri kong, on signal dari 1-6pagi. Kahkahkah 🀣🀣🀣 Abah balik rumah ambik jumper. Datang balik, jumper bateri. Kereta hidup. Saya pun balik rumah. Pssst... Sebenarnya petang tu dah tersadai gak kereta satria saya, langgar banjir, terus enjin mati depan UiTM Shah Alam, abah datang dgn pomen tolong. Kahkahkah πŸ˜† Malang bertimpa timpa hari tu. HuhuhuπŸ˜…πŸ˜… Sejak this tragedi saya ada 1 big why. Dan ada lagi beberapa big why, menyebabkan bengang sangat terpaksa bangkit! Kahkahkah 🀣🀣🀣🀣 Banyak dah saya susahkan mak abah isteri dan anak-anak. Maaf sebab saya tak sempurna.😭 Moga Allah Taala sentiasa melindungi mereka. Amin Memang dah tekad! Bila saya berjaya! Saya akan bantu lebih ramai orang untuk berjaya bersama-sama. Moga dengan usaha jihad ekonomi ni, Allah merahmati, membantu dan melimpahi segala kekayaan buat kita semua. Amin



-Mohd Zahid Musa- Peniaga yg mengharap simpati Tuhan. TQ Allah bagi kesempatan masa dapat bantu semua orang yang mahu bertindak untuk dibantu.😊☺️☺️ BANGKIT SEKARANG! 😊😊😍😍 JIKA SERIUS NAK UBAH HIDUP LEBIH BAIK!πŸ€—πŸ˜Š



BRANDED COLLECTION TREND MAKER REVOLUTION



BUILT YOUR BRANDS 017-6852740 @ 010-4502740
BRANDED COLLECTION FACTORY OUTLET CAWANGAN KE 3

 

 

Sebagai ibu bapa, memang seronok melihat anak-anak membesar dengan sihat dan bijak. Daripada lahir sehingga umur mereka dua tahun, pelbagai keletah dan kerenah dapat diperhatikan. Sesetengahnya mencuit hati dan adakalanya membuatkan anda berasa bangga menjadi ibu bapa mereka. Sebolehnya, kita mahu berada di sisi ketika mereka melakukan sesuatu buat kali pertama seperti ketawa, berdiri sendiri, berjalan, mengucapkan perkataan, memanggil mama atau papa dan sebagainya.
Biasanya, perkembangan awal kanak-kanak diukur daripada pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya.  Bayi baru lahir akan diukur berat dan tingginya untuk dicatatkan dalam carta supaya boleh dijadikan rujukan. Carta ini digunakan untuk mengetahui sama ada seseorang bayi itu membesar secara normal atau tidak.
Tahap-tahap Pertumbuhan Bayi Adalah Seperti Berikut:
0 hingga 3 bulan
• Berupaya bertindak balas jika anda menyentuhnya dengan lembut pada pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
• Dalam tempoh ini juga, kemahiran motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
• Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
• Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
• Pada usia lapan  minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
• Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia tujuh hingga lapan minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
• Pada usia sembilan minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.
Tip: Beri bayi anda alat permainan yang mengeluarkan bunyi untuk merangsang kemahiran pendengarannya.   
3 hingga 6 bulan
• Pada usia 14 minggu, bayi sudah boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
• Bayi juga boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
• Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
• Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
• Genggaman tangan bayi mulai kejap dan kemahiran motornya kian mantap.
• Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.
Tip: Menyanyi akan menceriakan bayi anda dan merangsang kemahiran lisannya. Jadi, ajaklah anak tepuk tangan dan gerakkan badannya mengikut rentak muzik.
6 hingga 9 bulan
• Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
• Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
• Bayi juga mulai merangkak.
• Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
• Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, rak, meja dan sebagainya.
• Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
• Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.
Tip: Ajar anak menyebut perkataan yang mudah seperti mama dan papa untuk merangsang kemahirannya bercakap.
9 hingga 12 bulan
• Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
• Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
• Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
• Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
• Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
• Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
• Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.
Tip: Mengajak anak bermain ‘sembunyi-sembunyi’ akan merangsangnya menjadi lebih fokus ketika melihat. 
12 hingga 24 bulan
• Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata. Contohnya. “Mana mama?”
• Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.
• Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
• Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
• Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
• Sudah pandai melukis.
• Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu.
Tip: Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda.
Manakala perkembangannya pula akan merangkumi 5 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif, sosial emosi dan estetika serta daya kreatif. 
1. Perkembangan Fizikal
Si manja mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti melakar dan melukis.
Tip rangsangan: Berikan anak kertas dan pensel warna. Biarkan dia melukis apa sahaja yang diingini untuk memupuk kreativiti mereka.
2. Perkembangan Bahasa
Anak anda akan mengalami perubahan daripada tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada rangsangan. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan mendengar radio.
Tip rangsangan: Ajaklah anak menyanyi lagu dengan lirik ciptaan anda sendiri agar anak boleh belajar menyebut perkataan dengan betul. Misalnya,“Masa mandi, gosok gigi, gosok gigi, gosok gigi...baru bersih.”
3. Perkembangan Kognitif
Ini bermaksud keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.
Tip rangsangan: Setiap kali melakukan sesuatu, beritahu anak apa yang anda sedang buat. Misalnya, “Mama nak buka lampu ni,” lalu tekan suis dan lampu akan menyala. Dengan cara ini anak anda akan memahami perbuatan tersebut.
4. Perkembangan Sosial Emosi
Kanak-kanak mula belajar bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Tenangkan mereka supaya tidak menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalah dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.
Tip rangsangan: Galakkan anak berkawan dengan rakan sebaya agar dia pandai berkomunikasi dan bertolak ansur.
5. Perkembangan Estetika dan Kreativiti
Lihat kemampuan si kecil mengembangkan daya kreativitinya. Kemahiran ini diperoleh menerusi aktiviti dan projek berkaitan seni visual yang mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Proses ini mengaktifkan pemikiran kritikal kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan kanak-kanak melakukan eksplorasi dan eksperimen dalam kehidupan seharian.
Tip rangsangan: Ajak anak bermain permainan gambar sama. Ambil beberapa keping gambar dan buatkan dua salinan. Campurkan kesemuanya dan biarkan anak asingkan gambar yang sama. Cara ini mengasah kemahiran anak menyelesaikan masalah.