- 16 Feb 2013
- Uncategorised
Assalamualaikum w.b.t
Hari ini anda membuat tempahan. Esok hari tempahan anda, akan di hantar ke company penghantaran.
Kebiasaannya, company penghantaran mengambil masa 3-5 hari bekerja untuk tiba ke premis perniagaan tuan/puan.
Jutaan Terima Kasih kepada semua pelanggan-pelanggan runcit dan peniaga-peniaga yang telah memborong di Branded Collection Factory Outlet.
Keterujaan dan kegembiraan anda, menjadi sumber inspirasi kami.
Branded Collection akan terus komited dalam menyajikan pakaian kualiti terbaik, rekaan terkini dan yang paling penting dengan tawaran harga berpatutan serta layanan super terbaik buat anda semua :)
PERKONGSIAN BUAT PENIAGA-PENIAGA PAKAIAN DI MALAYSIA.
Pengaruh maruah ke atas gaya bisnes....
Bisnes kita adalah sumber maruah kita. Apabila kita membuka kedai francais yang cantik, self-esteem kita naik tinggi.
Ini kerana:
+ Memiliki kedai francais yang mahal dan cantik menyebabkan kita dilihat sebagai usahawan yang mempunyai banyak duit.
+ Bagi majoriti orang Melayu, kedai yang cantik dan mahal menjadi salah satu simbol kejayaan bisnes.
+ Kita menerima banyak kata-kata pujian dari sahabat handai.
+ Mereka pun melayan kita sebagaimana mereka melayan orang-orang berduit.
CARA KAMI BINA BRANDED COLLECTION.
Branded Collection berpegang kepada strategi Lean-Startup, yakni memulakan bisnes dengan apa yang ada dalam tangan.
Selaras dengan strategi Lean Startup, Branded Collection berpegang pada prinsip memulakan bisnes dengan tidak menggadaikan harta kepada bank.
.
Dari sudut piskologi strategi, Lean-Startup adalah strategi yang sukar kerana faktor 'mahu menjaga air muka'.
Ini lebih-lebih lagi sukar apabila:
1. Kita bukan hanya mahu menjaga air muka kita sendiri, tetapi juga air muka isteri, ibu bapa, mertua dan keluarga.
2. Kita sendiri tidaklah malu hendak memulakan bisnes dengan gaya 'lean' tetapi orang-orang lain yang berasa malu.
3. Ia menjadi lebih sukar apabila orang-orang lain itu mempunyai kelulusan tinggi dan makan gaji dengan jawatan tinggi. Mereka berasa air muka dan maruah mereka sebagai pegawai tinggi yang jatuh disebabkan oleh gaya-lean kita.
4. Orang-orang lain itu menyamakan gaya-lean dengan 'tidak berduit' dan 'bisnes tak jalan'.
Dalam berdepan situasi seperti itu, kita perlu terangkan bahawa gaya-lean kita adalah suatu strategi memulakan bisnes yang betul.
INFO DARI KILANG PAKAIAN ~Pn. Mia~